Anda ialah pengunjung yang ke -

Web Counter
Free Counter
widget

Selasa, 15 September 2009

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada
ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia berdoa dan bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan
bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada."
Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda
kenal hari ini
Jika Anda lakukan, Anda akan menambah
harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,
supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selami lah hati wanita mu..dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik.tetapi, jika wanita itu tidak mengalirkan airmatanya, bermakna dia sedang menangis dlm hatinya.
...selamilah....


Ada BRaNiiii????

siapakah kita? Untuk Renungan Bersama

siapakah kita?? siapa... yaa..??

Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya? Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

p/s sumbangan artikel ni daripada mana ntah ler sebab dah lama...

Ada BRaNiiii????

Catatan Bulan Ramadhan 2

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

HMMM...SEDAR X SEDAR DAH MASUK 25 RAMADHAN, DALAM 5 HARI LAGI DAH MASUK BULAN SYAWAL BERMAKSUD HARI KEMENANGAN UNTUK SEMUA ORANG ISLAM DI BUMI ALLAH NI, DAN SEHINGGA MASA DAN DETIK INI JUGALAH AKU MASIH DALAM KEADAAN YANG AGAK CHAOS, MASIH XJUMPA JUGAK BAJU MELAYU ANAK TERUNA AKU YANG SORANG TUE, RASA-RASANYA DAH SELURUH BANDAR KUALA TERENGGANU AKU BUAT SERBUAN, TAPI XJUMPA JUGAK...RASA PENAT PUN MASIH ADA LAGI SEBAB BARU KEJAP TADI AKU BUAT AMBUSH KAT DEPAN ASTAKA,DAN ITULAH KALI PERTAMA AKU JEJAK DEPAN ASTAKA SELEPAS LAMA MENGELAKKAN DIRI DARI PERGI TEMPAT TUE, BUKAN RASA XNAK PERGI TAPI AKU XBRAPA SUKA SANGAT TEMPAT YANG SESAK2, WALAU APAPUN, ALHAMDULILLAH, SEBAB MASA AKU PERGI TADI, ORANG XRAMAI...DALAM PENAT CARI BAJU MELAYU TUE, KESIAN LAK TENGOK ANAK AKU TUE SEBAB TERPAKSA IKUT SAMA BERJALAN KAKI BERSAMA AKU DAN WIFE KU. JADI AKU PUN BELILAH AIR BANDUNG (NIAT MULA2 TU NAK BELI AIR LAICI, TAPI ANAK TERUNA AKU SORANG NI SUKA SANGAT AIR LAICI TAPI XSUKA BUAH LAICI, NANTICONFIRM XMINUM AIR TU KALAU NAMPAK BUAH LAICI KAT DALAM BEKAS TU) DAN GORENG CEMPEDAK BERSAMA KEROPOK. YANG XBRAPA BERKENAN TUE, DAH LAH GORENG CEMPEDAK MACAM CINCAI JE, KEROPOK PULAK CAM DARI GALAKSI LAIN JE(KERAS DAN XDE RASA LANGSUNG).LEPAS TUE AKU TERUS BUANG, KADANG2 TERFIKIR JUGAK DI HATI NI, MASIH ADA ORANG YANG SANGGUP BERNIAGA MACAM TU, NI KAN BULAN PUASA, BULAN YANG MULIA LAGI. TAKKANLAH NAK DAPAT REZEKI DENGAN CARA TUE..NTAHLAH..WALAUAPAPUN, AKU HALAL KAN CUMA KESIAN BILA TENGOK ANAK AKU CAM GIGIT KAKI KERUSI UMAH AKU JE...

DALAM DUK CARI BARANG2 TUE, TERPANDANGLLAH PENJUAL VCD, WALAUPUN DAH LAMA XBELI VCD (SEBAB BEST LAGI DVD...HEHEHEH) ADA CERITA BARU LAK TUE( TAJUK VCD TU NI AKU XLEH LAH KASITAU SEBAB BAHAYA BEB, FILEM MALAYSIA TU), AKU PUN TERFIKIR JUGAK, YANG MENJUAL TUE SIAP BERKOPIAH LAGI, TAPI JUAL VCD CETAK ROMPAK LAGI..NTAHLAH, KADANG2 AKU RASA XPATUT ADA CETAK ROMPAK, TAPI KALAU DAH HARGA VCD ORI MENCECAH RM30, BERMAKNA 6 VCD CETAK ROMPAK KITA BLEH BELI, JADI KALAU NAK BELI YANG ORI, RASANYA MEMANG XDE MAKNA LANGSUNG BAGI RATA2 RAKYAT MALAYSIA YANG BERPENDAPATAN CAM AKU NI.. JADI PADA PENDAPAT AKU(INI PENDAPAT AKU JELAH), APA SALAHNYA VCD ORI DIJUAL MURAH, CONFIRM RAMAI ORANG BELI DARIPADA JUAL MAHAL, SIKIT JE YANG BELI...BETUL X? NTAHHH LER, KALAU KORANG ADA CARA YANG PALING BAIK UNTUK MAJUKAN INDUSTRI SENI TANAHAIR NI, BAGILAH PENDAPAT...CUMA KAT MANA KITA NAK SALUR KAN PENDAPAT TUE? SIAPA YANG NAK AMBIK TAHU PENDAPAT KITA?....HMMM SEMUANYA XDE MAKNA JUGA KAN? JADI TEPUK DADA, XPAYAH PANDAI2 NAK TANYA SAPE2....

XLAMA LEPAS TU, KAMI PUN BALIK DAN PASANG VCD TD, OKEY LAH GAMBAR TUE..RASA CAM VCD ORI JER...HEHEEH..

XPELAH...DIKESEMPATAN INI, AKU SEKELUARGA NAK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG TELAH BANYAK MEMBANTU AKU DAN DI HARI DAN BULAN YANG BAIK NI, KAMI NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA DAN MAAFKALAN SEGALA KESALAHAN KAMI (AKU SENGAJA XTULIS MENYUSUN JARI SEBAB DAH JADI CAM BANGSA TAMIL JE BILA SUSUN JARI) SEKIAN...ADIOS...WASSALAM


Ada BRaNiiii????

Selasa, 8 September 2009

Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum w.b.t

pada 12 hb ni, my Opis nak buat majlis Berbuka puasa kat payang serai...ala, tepi waterfront tu, kiranya kali ni dapatlah aku pergi with my family, hmm...rasanya nak tulis banyak, tiba2 jadi blur sebab nak gi kedai jap ngan member, oklah kalau ada kesempatan, berjumpalah lagi kat blog ni yer...wassalam



haaa....(selepas 2 jam gi cari baju raya)
Assalamualaikum w.b.t, bertemu lagi sekali, nampaknya masih ada kesempatan lagi untuk aku tulis kat depan kom. ni, penat rasanya tapi xjumpa jugak baju melayu anak aku, susahlah nak cari yang sama warna macam aku, tapi walaupun xpuas hati, rasa bersemangat masih ada, tu lah semangat seorang ayah, baru lah aku faham bagaimana arwah ayah aku dulu mencari sesuatu yang aku minta untuk dibelikan.tentu susah payah dia cari semua tue, walauapapun, terima kasih bak sebab sanggup bersabar dengan semua kerenah anakmu ni.. di hari yang baik ini, hanya mampu aku hadiahkan Al-fatihah untuk bak semoga roh bak dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang dikasihi-Nya...amin


oklah, jap lagi nak solat plak pastu nak sambung keje plak...
mungkin sampai kat sini je dulu. InsyaAllah, ada masa bertemu lah lagi..bak kata Yang Berbahagia ustazah Siti Nor bahiyah..."Anda Buat Anda Dapat"-macam xde kena mengena je dengan cite di atas tue...xpelah...wsalam


Ada BRaNiiii????

Rabu, 2 September 2009

uhuk...uhuk...ehem...

Assalamualaikum...
bertemu lagi kita kali nie, dan seperti biasa bila jari -jemari yang cantik ini seolah2 ingin berkata-kata...hahaha...mana boleh jari berkata2...kecualilah di "sana" kelak...
kali ni virus Uhuk...uhuk...Ehem... plak menyerang opis aku, punyalah ramai yang terjerumus ke lembah itu, termasuklah aku, cuma Alhamdulillah selepas rehat 4 @ 5 hari, baru nak pulih, cuma ada sikit2 je lagi, terima kasih lah pada my wife kerana menjaga suamimu yang mithali ni dengan begitu baik...Syukur pada Allah..

Kehidupan Opis Sehari Selepas Cuti

Alhamdulillah, syed baru pulih dari demam dia, hari tue sian gok dia bila mok yer kata dia xlarat bila balik dari sabasun...walauapapun syed, semoga lulus peperiksaan dengan Cemerlang dan menjadi salah seorang Pelajar Terbaik Akademi JPA..

jangan ate gitu...bila dengar ayat nie, teringat kat lelaki hensom kat opis nie, dengan rambut iras2 P.ramlee masa muda. beliau mungkin akan buat konsert kembali selepas ini....bersama-samalah kita dapatkan pas2 percuma dengan pakcik omar kat meja lift bawah...(lama dok tengok yer joget daun nyiur...lembut melambai-lambai)

virus berkenaan turut menemplak kak ct(Tukang Masak Opis @ Chef). berikutan dengan itu, k.ct xbrapa sihat lagi,masih batuk-batuk..dia ada tanya aku ubat batuk apa yang molek..dan sebagai seorang docter, aku bagitaulah ke yer......hmmm...lama doh dok makan kuih hok yer wak....

mengikut sumber yang boleh dipercayai,Dah plok sibuk dengan majlis kahwin dia dan bunga telor...harap2 lepas kawin, dapatlah bunga telor dia tue....eeiiii...gelenyarrrrrnyaaaa...

we plok dok sabor dengan kete baru dia...seminggu doh tido kat opis asyik ngigau je...yang susahnya dia nak kete estima cam boss...mana bleh...tapi yang paling takut bila komputernyer mengeluarkan bunyi yang agak pelik...bzzzzzzttttt...walauapapun kepada Ketua Unit Imo ni, selamat Memadam Api...

oh ya, dengar cerita mek afiq masuk wad, kesian yer, harap2 semuanya ok.InsyaAllah...buat bro afiq, banyak2kan bersabar...

buat DIVA kita, Pn. Ayu ...moga2 banyaklah cuti abg hasrul dia tue...makin banyak cuti...bertambahlah PELABURAN.....

Rasa2nya orang lain ok belaka kot
Hmm...
sedar dok sedar, 13 hari doh pose (yer dok?)..hmmm... Tuhan je yang tau, dok lama lagi nak raya doh...macamana persiapan raya diorang yer...nanti kita tanya sorang2...

jumpa lagi...babai...

Ada BRaNiiii????